Google+ Followers

Isnin, 24 Disember 2012

Motivasi Untuk Bersenam



Bersenam tidak semestinya memerlukan anda pergi ke pusat kecergasan.  Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja.  Untuk bersenam, yang penting bukan kuantiti sebaliknya kualiti.  Contohnya aerobic dan berlari dan berjalan laju  


Aerobic / berlari

Aerobic sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh.  Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot.  Satu kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti orang yang berlari satu km sehari.  Selepas berumur 35 tahun, mereka yang kurang aktif akan kehilangan 250 g otot dalam setahun dan menambah 700 gram lemak.  Justeru latihan fizikal yang konsisten akan melambatkan proses penenuaan...




Berjalan laju (brisk walk)

Berjalan merupakan satu latihan senaman terhadap organ kardio.  Ia bukan sekadar membantu membina otot-otot pada kaki dan bahagian belakang, sebaliknya dengan berjalan laju dapat membakar lebih dari 360 kalori dalam masa sejam.  Jika kita selang selikan aktiviti antara berlari dengan berjalan laju, ia akan menambahkan lagi nilai pembakaran kalori kita..













Tiada ulasan:

Catat Ulasan